Thursday, December 8, 2011

KAWAN!!!


  •  (1)  Kenalan
  • Orang yang sudah dikenali. Mungkin kita hanya kenal nama, umur, pekerjaan, latar belakang dirinya & beberapa perkara umum yg lain pada seseorang kenalan. Akan tetapi, dalam sesuatu perhubungan tidak begitu rapat. Mungkin hanya sekadar bertegur-sapa, bertanya khabar apabila bertemu tetapi tidak di luar batasan waktu iaitu pada lingkungan masa itu sahaja serta tidak termasuk waktu peribadi seseorang.
  • (2) Teman/Sahabat/Kawan
  • Terdiri daripada 2 kategori:-
  • (a) Teman/Sahabat/Kawan Biasa
  • Tahapnya tinggi daripada kenalan. Banyak aktiviti, kegiatan atau pekerjaan dilakukan secara bersama. Adakalanya di luar batasan waktu iaitu waktu peribadi seseorang. Akan tetapi, ia hanya kekal hanya pada masa kita suka, gembira & senang sahaja. Tetapi apabila kita berada dalam keadaan sedih, duka & menghadapi situasi serta masalah besar dalam kehidupan, mereka akan meninggalkan kita keseorangan.
  • ('b) Teman/Sahabat/Kawan Sejati/Istimewa
  • Tahap lebih tinggi & mulia daripada kenalan & teman/sahabat/kawan biasa. Mereka adalah insan yang paling hampir & dekat dengan kita. Mereka sentiasa bersama-sama dengan kita bukan sahaja di waktu kita suka, gembira & senang tetapi ketika kita sedih, duka & menghadapi situasi serta masalah besar dalam kehidupan. 
  • Di antara ciri-ciri Teman/Sahabat/Kawan Sejati/Istimewa:-
  •  Insan yang paling dekat untuk kita luahkan perasaan suka dan duka.
  •  Insan yang memahami diri kita, perasaan & kehendak kita.
  •  Insan yang jujur & ikhlas melakukan sesuatu yang termampu & terbaik pada kita (contoh,                    membantu kita) tanpa syarat & mengharapkan balasan daripada kita.
  •  Insan yang membela & menutup aib/kesalahan/kesilapan kita pada orang lain tetapi pada masa yang sama menegur & menasihati kita di belakang mereka.
  •  Insan yang menerima diri kita samada baik & buruk tanpa sebarang syarat & alasan.
  •  Insan yang sanggup berkorban masa, tenaga, buah fikiran & wang ringgit demi kebahagiaan kita. Adakalanya sanggup menghadapi bahaya & menggadai nyawanya kerana kita.
  •  Insan yang jujur & sabar dalam menegur, menegah & menasihati kita daripada melakukan perkara2 yang buruk & yang dilarang oleh agama.
  •  Insan yang menjadi sumber inspirasi, peniup semangat & pemberi motivasi apabila kita kecewa, patah semangat & menyerah kalah.
  •  Insan yang dijadikan tempat untuk luahkan segala permasalahan hidup & perasaan kita.
  •  Insan yang boleh menyimpan rahsia kita & boleh dipercayai tanpa membocorkannya pada orang lain.
  •  Insan yang menjadi tempat bergurau senda, berhibur & bergelak ketawa bersama kita.
  •  Insan yang sentiasa menyokong, mengangkat esteem diri & pembakar semangat kita untuk terus berjaya dalam sesuatu aktiviti, bidang atau pekerjaan.
  •  Insan yang sedia mengajarkan ilmu, kemahiran & pengalamannya kepada kita tanpa sebarang syarat.
  •  Insan yang sanggup mempertahankan diri kita daripada dirosakkan oleh orang lain walaupun nyawa, harta benda & maruahnya akan menjadi taruhan.
  •  Insan yang sentiasa mendoakan kejayaan & kebahagiaan kita setiap kali selepas solat.
  •  Insan yang sentiasa mengingati & merindui kita. Sukar atau mustahil dapat melupakan kita sepanjang hidupnya.

  • (3) Kekasih
  • Tahapnya adalah setaraf & semulia dengan Teman/Sahabat/Kawan Sejati/Istimewa tetapi bezanya sepasang kekasih ialah berlainan gender iaitu seorang lelaki & seorang lagi perempuan. Mereka bercinta & bersatu hati. Mereka berjanji setia & berakhir dengan sebuah perkahwinan. Hubungan paling mulia yang diredhai Allah swt bagi sepasang kekasih adalah melalui ikatan sah iaitu perkahwinan. Selepas berkahwin, mereka akan terus kekal sebagai kekasih & mempunyai anak, cucu serta cicit sehingga ke akhir hayat mereka. Menurut ajaran Islam, apabila mereka mati dalam keadaan beriman kelak, mereka akan ditemukan di dalam syurga & kekal abadi buat selama-lamanya




P/S:ni la kwan bek aku..nma dia FARAH HAMIZA BINTI ABDUL GHANI...you are my friend forever n ever...haha...ktorg stu klas since form 1...kmi knal msa drjah 6 g..tpi knal bsa2 ja..thanks friend for being my faithful friend..hope hg sntiasa bhagia n success d dnia n akhirat...i'm always standing by your side...hehe...miss u very much...(ala..bkan x leyh jmpa dh..nnti thun dpan leyh jmpa blk..shada2 aku ni..)

actually 1AG-2008,2AG-2009 n 3AG-2010 mmng tnggal bnyak knangn yg x dpat dilupakn...do u agree????haha...


  • .

thanks kpd smua yg sdi terjah blog sya..jgn lpa komen yea...peace=]

2 comments:

نور الشهيرة بنت مجلن said...

semoga persahabatan akak berdua berkekalan..insya allah~

INFINITE said...

@ira sherahehe..tima kaceh..amin...

Followers

domonkinon a.k.a INSPIRIT